sayang kamu

sayang kamu

sy mghargai kamo0o semua....thanks

Thursday 19 January 2012

perancangan sempurna sebelum majlis perkahwinan

6-12 bulan sebelum hari
1.          Tetapkan hari dan tarikh perkahwinan anda.
2.          Pastikan tarikh yang di pilih tidak bercanggah dengan mana-mana agenda keluarga lain.
3.          Tentukan bajet serta anggaran kos perbelanjaan perkahwinan.
4.          Kongsi simpanan untuk mempercepatkan serta menggandakan simpanan.
5.          Sediakan ‘checklist’ perkahwinan anda supaya perancangan berjalan dengan lancar.
6.          Lantik seseorang yang anda percayai untuk bersama-sama dalam proses perancangan majlis anda.
7.          Tetapkan tema perkahwinan yang diinginkan mengikut minat dan kesesuaian.
8.          Tentukan jumlah tetamu yang akan diundang.
9.          Tempah segera tempat untuk mengadakan resepsi perkahwinan.
10.      Buat pemilihan catering dan menu untuk hari langsung.
11.      Sediakan daftar tamu untuk menganggarkan bilangan tempahan kad.
12.      Pilihlah pengapit wanita dan lelaki yang bertanggungjawab sebagai PA anda di hari langsung.
13.      Temui dan kunjungi pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih busana pengantin.
14.      Jangan lupa menjaga adab dan pantang-larang sebelum hari penting anda. Semuanya ada hikmah dan
         kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya.
15.      Mula menjaga pemakanan untuk menjamin tubuh yang sihat di waktu persandingan.
16.      Kurangkan aktiviti social.
17.      Mula mengurangkan belanja seharian, usah boros dan mula menabung.
18.      Rancang percutian bulan madu anda, lakukan tempahan tempat, tiket serta kenderaan.
4-5 bulan sebelum hari
1.          Tempah waktu dan tempat pernikahanan beserta dengan juru nikah.
2.          Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan akan harga dan reka bentuk kad yang diinginkan.
3.          Bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran.
4.          Membuat pilihan tema warna busana pengantin yang akan dikenakan serta bunga tangan mengikut kesesuaian.
5.          Menempah busana pengantin lelaki sepadan dengan pengantin wanita.
6.          Beli atau sewa busana untuk pengapit pengantin wanita dan lelaki.
7.          Mula tetapkan dekorasi ruang majlis/pelamin mengikut tema warna yang di tetapkan.
8.          Mula tetapkan dekorasi pelamin mengikut kesesuaian tema serta pakaian.
9.          Memberitahu seluruh ahli keluarga akan tema pakaian di majlis resepsi anda nanti.
10.      Tempah dan hubungi jurufoto serta juruvideo sebelum majlis mahupun selepas majlis.
11.      Membuat tempahan awal kenderaan pengantin dan pengiring pengantin
12.      Tempah dan buat pemilihan kek pengantin mengikut tema majlis.
13.      Tetapkan pengerusi majlis yang bisa menghangatkan majlis persandingan anda.
14.      Tempah PA Sistem/ Sistem Bunyi bagi memainkan lagu-lagu pilihan anda.
15.      Lantik DJ yang bisa memainkan lagu selari dengan kehendak pengantin.
16.      Tempah kumpulan pemain Kompang untuk upacara lintas masuk ke dewan/khemah berlangsungnya majlis.
17.      Jika berkemampuan, anda digalakkan menjemput kumpulan pemain Gamelan atau Caklempong untuk memeriahkan majlis anda.
18.      Mungkin juga menarik jika menjemput Penari Kebudayaan atau Penyanyi jemputan begi menyerikan lagi majlis gemilang anda.
19.      Menempah cincin kahwin untuk majlis nikah.
20.      Mula membeli barang hantaran satu persatu.
21.      Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
22.      Semak destinasi bulan madu pilihan.
23.      Pastikan tempahan sudah di tetapkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers