sayang kamu

sayang kamu

sy mghargai kamo0o semua....thanks

Wednesday, 17 October 2012

Persediaan Sebelum Hamil Utk Mereka Yg Baru Berkahwin & Bakal berkahwin.


assalamualaikum...

hye kamo0o semua...hihihi...
arini da 19ari eila jd isteri org....byk benda br nk kne blaja...
hehehe ( gelak gatal )...
benda br eila tau n br nk stat blaja pasal 
" Persediaan Sebelum Hamil "..
blom abis khatam lg ni....br dok bc sikit2.. 
tp 
sambil2 tu eila nk share jgk ngan mereka2 yg br kawin n bakal berkahwin yg plan nk terus dpt baby lepas kawin..
tersangat2 la penting rupe2 nyer persediaan ni..
br ku tau... (nampak sgt sebelom ni eila kurang membaca)
huhuhuhu...

 nk tau ape persediaan sebelom hamil yg eila caik n jumpe kt google..?? jom layannn....


1) Sihat

Suami isteri yang merancang perlu mempunyai badan sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Keperluan ini lebih tinggi pada wanita kerana anda akan menjadi ‘rumah’ kepada bayi selama sembilan bulan. Anda bertanggungjawab membekalkan khasiat makanan kepada bayi. banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan

2) Ambil makanan tambahan

Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. asid folik penting kerana ia boleh mengurangkan risiko ketidaknormalan atau kecacatan pada bayi. Pengambilan asid folik selepas disahkan hamil dianggap agak terlewat kerana ketika ini, bayi sudah pun terbentuk dalam rahim anda.Selain itu, wanita disaran mengambil pil zat besi yang boleh menambah darah. Lebih baik jika anda berbincang dengan doktor mengenai pengambilan makanan tambahan sebelum dan ketika hamil.

Folic Acid by Appeton (ramai yg saran kan amik asid folic yg ni)


3)Bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat

Ramai wanita menganggapnya sebagai bukan perkara penting walaupun tahu senaman boleh meningkatkan kesihatan. kegemukan juga boleh menyebabkan wanita sukar mengandung dan ramai yang dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan terlebih dahulu. Kegemukan boleh menyebabkan perubahan hormon dan fungsi ovari (organ yang mengeluarkan telur) terjejas; akibatnya wanita lebih sukar untuk hamil dan berisiko mengalami keguguran atau bayi dilahirkan tidak cukup bulan.Sepanjang kehamilan, wanita gemuk berisiko untuk mengalami keguguran, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin kelak. Namun apa yang lebih kerap terjadi ialah bayi dilahirkan tidak cukup bulan sama ada secara normal atau pembedahan.


4) Jalani pemeriksaan kesihatan 

Ramai wanita hanya menyedari mereka mengalami masalah fibroid atau barah pangkal rahim ketika mengandung. Ini akan menimbulkan banyak konflik kerana rawatan kanser, khususnya berbahaya untuk kandungan. Lebih baik jika masalah kesihatan tidak kiralah kencing manis, tekanan darah tinggi atau rendah, sakit jantung atau penyakit lain dikesan sebelum hamil


5) Ujian darah 

Ini adalah untuk mengesan talassemia iaitu penyakit keturunan. jika wanita menunjukkan beliau adalah pembawa gen talassemia ( juga dipanggil talassemia minor), suami juga perlu menjalani ujian darah. Seandainya hanya isteri saja menjadi pembawa gen talassemia, ia tidak membimbangkan kerana anak hanya akan menjadi pembawa juga.Bagaimanapun, jika suami turut mengalami talassemia, anak bakal dilahirkan mempunyai kemungkinan 25 peratus mendapat penyakit talassemia major. Dalam keadaan ini, bayi dalam kandungan akan diperiksa ketika masuk bulan kedua.



6) Tips untuk para2 suami...
Persediaan untuk hamil tidak terletak pada wanita saja bahkan lelaki juga perlu bersedia sekurang-kurangnya tiga bulan dan antara yang harus dilakukan ialah mengurangkan atau berhenti merokok dan pengambilan alkohol  kerana ia boleh menjejaskann penghasilan dan kualiti sperma. Lelaki juga dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang bagi membolehkan badan menghasilkan sperma yang sihat. Jangan letakkan semua persediaan kepada wanita saja kerana kerjasama berdua diperlukan untuk mendapat anak.



okey kamo0o2 semua da faham..?? hehehe..
kalau xfaham g google sdri ea... byk benda penting yg kne tau sebelom mengandung...
ermm nk hasil yg terbaik kne la rajin2 mbaca..(eila tak rajin membaca lor.huhu..cmner ni..??)
 hehehe
org lain lepas kawin je update psl wedding....
eila lak, cite psl pregnant....hehehe... bkn ape, persediaan je....
tak salah kn...
lepas kawin je msti ramai terus mgharapkan dpt baby...sementara belom preggy lg, baik kite review la dlu kn....hehehe...t senang da ade ilmu skit....


hehehe.
harap2 semua dpt la skit info psl "persediaan sebelom hamil"
b2b patot bc semua2 ni..t senang... hihihi...eila pn kne byk membaca..
info2 ni semua eila cr kt google je..kalau tersalah maklumat or ter'copy eila mintak maap ea...
sekian...


p/s: ade mase nanti br eila update psl wedding....huhuhu...takde mud lg nk wat review sbb nyer baju kawin eila tak cantik (tak seindah yg dimpikan)......huhuhuhu..



semoga mahligai yg dibina diberkati, dirahmati dan kekal bahgie dr dunia hingga akhirat..
aminnn....

8 comments:

  1. ehem..ehem..ehemmmmm...amin..moga2 eila dapat baby cepat..tak sabar nak tgu eila&AF junior...semoga Allah beri rezeki buat korang berdua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn....thanks ea...eila pn mgharapkn benda yg same...doa2kn yerk...lalala

      Delete
  2. Bgus tuk dya juga info Ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bgus...lg2 kalau mmg nk baby lpas kawin... kne mkn asid folic 3bln awl sblm pregnant.. baik utk baby...

      Delete
  3. kan cik nurul... hrp2 dpt la nnt baby junior dr eila & kikok..
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...akak doa2 kn la tuk eila...t kite bley sme2 mboyot kak....hahahaha

      Delete
    2. klu blh mmg nk memboyot sama dgn mak eila... ade geng kat opis ... hihi

      Delete
  4. fatty liver disease mayo clinic fatty liver disease mayo clinic fatty liver disease mayo clinic

    My homepage; treatment of fatty liver

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...